Chef Wan Dikejarkan Ke Hospital Selepas Kutuk Qu Puteh ? Aduhhhh!!


Chef selebriti dan personaliti TV terkenal, Datuk Chef Wan kini ditahan di Hospital Gleneagles Jalan Ampang akibat mengidap penyakit bronkitis iaitu radang pada salur bronkus dalam paru-paru menurut laporan mStar Online dan status terkini pelakon Serina Redzuawan.

Menerusi Instagram beliau hari ini, Serina Redzuawan kongsikan sekeping gambar Chef Wan yang kini berada di hospital selain mengharapkan peminat dan keluarga mendoakan kesejahteraan ayahnya itu yang kini masih dalam rawatan.


“Serina & cucu papa doakan papa cepat sihat balik, so sad tak boleh melawat papa. Doktor tidak benarkan sebab papa kena berehat tak boleh ada guest or family visit. To all my fans and family please doakan papa cepat sembuh dari bronchitis infection,” tulisnya.

Chef Wan pula menerusi Instagram beliau memuat naik sekeping gambar menunjukkan biliknya di hospital tersebut yang dikhabarkan bernilai RM3,800 satu malam. Menerusi gambar tersebut, wad itu kelihatan seperti hotel mewah penuh bergaya. Semoga cepat sembuh Chef Wan.
Back To Top