Koleksi Pelakon lelaki tempatan berdarah kacukan yang anda mungkin tak pernah Lihat (5 Gambar)




Seringkali kita melihat wajah-wajah yang berdarah kacukan sering mendapat perhatian untuk iklan mahu pun drama atau filem oleh kerana keunikan rupa paras mereka yang dilihat komersial dan sukar untuk dicari.

Selain itu, pelakon lelaki yang berdarah kacukan sering menjadi kegilaan para wanita, lebih-lebih lagi pada mereka yang masih belum berkahwin.

Jika mereka berada ditempat awam, pasti mereka diserbu oleh peminat wanita untuk bergambar bersama.

Jadi, jom lihat siapakah pelakon yang berdarah kacukan yang bukan sahaja kacak, malah berbakat dalam lakonan.

Zul Ariffin


Pelakon yang semakin diminati ramai ini merupakan anak jati kelahiran Taiping, Perak berdarah kacukan Melayu dan Belanda. Jadi tidak hairanlah mengapa pelakon drama bersiri "Rindu Awak 200%" ini diminati ramai sehinggakan ramai yang mencemburui hubungannya bersama kekasihnya Gayatri Su-Lin Pillai. Pelakon berusia 28 tahun ini sentiasa di buru oleh peminat wanitanya kerana bukan sahaja ketampanannya sehaja malah tubuhnya yang sasa menjadi idaman setiap wanita.

Keith Foo


Pelakon yang popular menerusi drama bersiri "Ariana Rose" ini sering disalah anggap bangsanya. Keith Foo atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin merupakan pelakon berbangsa Cina yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan berdarah kacukan Cina dan India. Jadi, kerana itulah rupanya dilihat seperti Melayu. Selain itu, pelakon berbakat ini juga merupakan seorang yang serba boleh kerana fasih berbahasa China (Mandarin, Hailam & Cantonese) Tamil, Malayu, Inggeris dan Indonesia. Memang seorang pelakon yang berbakat besar.

Bront Palarae



Jika diikutkan pada nama komersialnya, ramai yang tidak menyangka bahawa Bront merupakan pelakon Melayu. Nasrul Suhaimin Bin Saifuddin merupakan nama sebenar pelakon kacukan Melayu dan Siam ini. Pelakon berusia 36 tahun ini dilihat unik kerana rupanya yang lain daripada yang lain jika dibandingkan dengan pelakon berdarah kacukan yang lain. Watak yang diberikan kepada pelakon berbakat ini juga dilihat lain daripada yang lain. Walaupun tidak di anggap seorang pelakon yang kacak, tetapi gaya santainya sering menarik perhatian wanita.

Mikail Andre



Pasti ramai yang tidak tahu bahawa adik kepada pelakon dan pengarah Pierre Andre ini sama seperti abangnya yang berdarah kacukan Melayu dan Perancis. Anak kepada pelakon Khadijah Tan ini mengikut jejak langkah keluarganya untuk terjun dalam bidang lakonan. Nama pelakon yang baru sahaja berusia 23 tahun ini sudah meniti di bibir peminat wanita dan ramai yang beranggapan rupanya saling tidak tumpah seperti abangnya. Selain itu, badannya yang sasa juga menjadi perhatian ramai wanita.
Back To Top