GEMPAR !! Kisah Benar Remaja 13 Tahun Nikahi Puteri Bunian



Bunian adalah sejenis makhluk halus dari golongan jin. Mereka tidak mempunyai jasad dan dijadikan dari api. Kebiasaannya mereka terdiri dari jin-jin Islam. Mereka juga mempunyai budaya setempat, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia tetapi tidaklah sempurna seperti wajah dan badan manusia.



Gambar hiasan


Kisah di bawah ialah kisah benar, daripada Tuan Hj Lokman, seorang pengamal perubatan Islam di Gombak.

Ikuti cerita Tuan Hj Lokman;

” Di sini ada satu kisah benar yang saya (Hj Lokman) ingin menceritakan pengalaman saya mengubati seorang pesakit lelaki yang berumur dalam lingkungan 13 tahun yang telah berkahwin dengan seorang orang bunian.


gambar hiasan

Kejadian ini berlaku dalam tahun 2004 di Kuala Lumpur semasa saya masih lagi menetap di Bukit Antarabangsa. Biarlah saya namakan pesakit ini Pesakit B. Satu hari ayah kepada Pesakit B ini datang ke rumah saya mengadu yang anaknya Pesakit B ini tidak mahu pergi ke sekolah selama beberapa bulan yang lepas. Ini berlaku selepas anaknya balik dari “camping trip” di hutan di luar kawasan Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh sekolah anaknya.
Back To Top