PANAS!! Kali Ini Giliran Ainul Aishah Pula Dikritik Kerana Ber Bikini (4 GAMBAR)





Selepas gambar Diana Danielle menjadi viral di media sosial kerana gambar dirinya disebuah majalah dewasa kini, seorang lagi selebriti popular pula di kritik kononnya dia berbikini.


Masihkah anda ingat kepada Ainul Aishah, seorang pelakon yang pernah membintangi filem Nana Tanjung dan juga drama Spa Qisitina satu ketika dahulu? Pelakon ini telah diserang peminat gara-gara gambarnya didakwa berbikini yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya ketika bercuti di Boracay baru-baru ini.











Namun jika dilihat secara teliti, sebenarnya gambar tersebut merupakan pantulan (yang diubah melalui aplikasi telefon pintar) dan Ainul juga turut menerangkan perkara berkenaan (mirror apps) di samping turut melayan kritikan di Instagram yang menghentamnya.

Bagaimanapun perkara tersebut tetap menjadi perbalahan di kalangan peminatnya kerana gambar yang dikongsikan Ainul jika sekali imbas memang seperti menampakkan dirinya berbikini. Jika dua kali imbas, anda akan rasa gambar tersebut sedikit pelik.

Bagaimanapun, bagi tidak mengeruhkan keadaan, Ainul telah memuatnaik gambar keseluruhan baju yang dipakainya ketika itu demi menjelaskan situasi sebenar. Kami tidak mahu kata apa-apa, cuma tertanya-tanya siapa pula selepas ini agaknya yang bakal muncul dengan gambar berani mati? Credit Rotikaya
Back To Top