Tak Mampu Bayar Denda Mamat Exist DiPenjara 8 Bulan



Akibat tidak mampu membayar denda RM4,500, Mamat bekas vokalis kumpulan Exist bakal meringkuk di dalam penjara Bentong, Pahang selama 8 bulan. Mamat telah pun mengaku bersalah atas dakwaan penggunaan dadah jenis Amphetamines ke dalam badan pada 19 Disember 2013.

Baru-baru ini, Mamat sekali lagi ditangkap polis melibatkan kes dadah yang sama di kawasan Jalan Jelatek 2, Jelatek Business Park, Hulu Kelang, Selangor. Semoga kehidupan di penjara akan memberikan keinsafan sepenuhnya kepada Mamat. Sama-samalah kita doakan.

sumber: beautifulnara
Back To Top